Inteam × Zayne - Madrasah Ramadan

Lirik Lagu Inteam × Zayne – Madrasah Ramadan

Posted on

Suatu bulan bernama Ramadan
Dipenuhi rahmat juga kemuliaan
Padanya Al-Quran telah diturunkan
Wahyu pertama telah disampaikan

Lailatul Qadar di bulan Ramadan
Para malaikat sebarkan ganjaran
Lebih baik daripada seribu bulan
Tingkatkan ibadah lebihkan amalan

Madrasah Ramadan mendidik hati
Menyuluh jiwa yang gelap sunyi
Awalnya rahmat menyapa nurani
Tunduk berserah kepada Ilahi

Pertengahannya bak embun pagi
Menyuci dosa yang lama berdaki
Gerbang maghfirah luas terbentang
Menanti insan kembali pulang

Lailatul Qadar di bulan Ramadan
Para malaikat sebarkan ganjaran
Lebih baik daripada seribu bulan
Tingkatkan ibadah lebihkan amalan

Di penghujungnya haruman syurga
Menyambut insan yang telah berjaya
Terlepas dari azab neraka
Kerana taqwa mekar di jiwa

Ramadan medan tarbiah diri
Melentur nafsu menyemai budi
Usah biarkan Ramadan pergi
Tanpa mendapat ampunan Ilahi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *