Ramadan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur Al-quran
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufah
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
Ramadan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya


